Friday 30 December 2011

Assalamualaikum W.B.T.

Tanpa kita sedar,pejam celik pejam celik,esok merupakan hari terakhir bagi Tahun 2011 seperti yang kita semua telah sedia maklum dan tahu. Masa berjalan dengan begitu pantas sekali, setiap detik dan saat yang telah berlalu pergi pastinya tidak akan dapat diundur kembali. Sesungguhnya, masa yang berlalu pergi ini 
pastinya tidak akan dapat dibeli walaupun dengan semua harta yang dapat dikumpulkan dalam dunia ini.

Satu hari, IMAM AL-GHAZALI  ada bertanyakan kepada anak-anak muridnya  tentang " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan 
datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Sepanjang minggu terakhir di tahun 2011 ini juga saya perhatikan, pihak media massa dan elektronik juga tidak mahu terlepas menayangkan berbagai2 program mengenai kejadian2 yang berlaku di dalam dan luar Negara supaya dapat meningkatkan rating rancangan masing-masing. Suka,duka sepanjang tahun 2011 ini tidak kiralah dari segi politik, ekonomi, sukan, bencana alam dan juga lain2 pastinya akan dikupas supaya 
dapat menarik minat penonton untuk mengikutinya.

Terfikir saya sejenak, apabila merenung rancangan2 yang pihak media massa ini ingin tonjolkan. Memang saya tidak nafikan rancangan ini amat berguna kepada kita semua sebagai memperingati kembali kenangan2 dan kejadian2 yang telah ditakdirkan ILAHI untuk berlaku sepanjang tahun ini, namun adakah ada di kalangan kita pernah terfikir, “Jikalaulah rancangan ini digantikan oleh ALLAH TAALA dengan menayangkan kembali dosa2 dan kesalahan2 yang telah kita lakukan selama tahun 2011 ini,apakah perasaan kita waktu itu”???

Nau’zubillah

(Moga2  dengan Rahmat-NYA ALLAH masih melindungi keaiban yang telah banyak aku lakukan ini)

Memang tidak dapat diluahkan dengan kata2 lagi jika benarlah ALLAH S.W.T. memperlihatkan keaiban kita 
ketika melakukan dosa kepada semua umat manusia bermula daripada manusia pertama Nabi ADAM A.S. sehinggalah manusia terakhir daripada kalangan umat baginda JUNJUNGAN Rasulullah S.A.W. Alangkah malu yang tidak terkata pabila manusia2 lain melihat kezaliman yang kita lakukan ke atas diri kita sendiri.Sungguh,ALLAH TAALA berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud,

“Orang yang melanggar batasan-batasan Allah, dia telah menzalimi dirinya sendiri.”

(Ath-Thalaq : 1)

InsyaALLAH, marilah sama2 kita terus memohon kepada ALLAH S.W.T. supaya  mengampunkan semua dosa kita dan kita berharap kepada-NYA juga agar senantiasa melindungi aib kita daripada pengetahuan umum. Semoga ALLAH merahmati anda semua dan juga diri saya yang tidak lekang daripada melakukan dosa ini. 

P/s = Video di bawah saya ingin kongsikan dengan para sahabat tentang kejadian Tsunami yang berlaku di Jepun beberapa bulan yang lalu. Semoga kita mengambil ikhtibar daripadanya. InsyaALLAH


Tuesday 27 December 2011

KESEMPURNAAN,MILIK SIAPA?





AKU INGIN MENGENALMU DENGAN SEMPURNA

Tanpa percintaan yang saat ini sedang hangat orang lain lakukan. Cukuplah aku mengenalmu melalui murabbi, keluarga, ataupun lingkungan dakwah yang kita lalui bersama. Sejatinya aku tak akan pernah dapat mengenalmu, kerana pernikahan adalah proses pengenalan yang berkesinambungan. Pernikahan bukanlah akhir tujuan perkenalan, namun sesungguhnya awal dari perkenalan. Aku memang tak mengenalmu, namun aku akan berusaha mengenalmu semampuku, setelah kita telah dinyatakan halal untuk saling mengenal.

AKU INGIN MELAMARMU DENGAN SEMPURNA

Tanpa pertukaran cincin terlebih dahulu seperti yang orang lain katakan bertunang. Cukuplah aku mengenalkan diri dan keluargaku pada keluargamu. Hingga tercipta keharmonian awal yang sejatinya tercipta kerana menghormati kesucian pernikahan. Aku memang tak sanggup memberikan banyak harta untuk melamarmu, namun di jalan dakwah yang akan ku jalani denganmu, aku berjanji untuk berusaha mencari harta semampuku. Harta yang halal untuk kita bersama.

AKU INGIN MENIKAHIMU DENGAN SEMPURNA

Tanpa terlalu banyak kemeriahan yang mendekati kenikmatan dunia. Cukuplah rasa bahagia yang menyelimuti keluarga, sanak saudara, beberapa teman, serta kita berdua khususnya, menjadi keriangan tersendiri dalam suasana yang tercipta kerana telah sah-nya untuk menjalani pasangan rumah tangga. Aku memang tak mampu untuk memberikan kebahagiaan berlimpah di hari pernikahan kita, namun aku berjanji akan selalu membuatmu bahagia di hari-hari setelah pernikahan kita nantinya. Sejatinya pernikahan bukanlah akhir dari perjalanan hidup kita, namun gerbang awal untuk membuka salah satu jalan menuju redha-Nya.

AKU INGIN MENCINTAIMU DENGAN SEMPURNA

Tanpa banyak kata yang membalut kebohongan semuanya. Cukuplah rayuan dan gurauan ringan untuk menghiasi pernikahan kita. Aku memang tak pandai merangkai kata romantis untuk selalu menyenangkanmu, namun aku tahu bagaimana menghargai kedudukanmu. Kau bukan berada di atas kepala hingga selalu aku akan sanjung puja, bukan pula berada di bawah kaki untuk diinjak dan dihina. Kau adalah tulang rusuk kiriku, dekat dihatiku untuk selalu kucinta. Aku tidak berani berjanji untuk mencintaimu sepenuhnya, namun aku berani berjanji untuk selalu belajar mencintaimu sepenuhnya. Cinta sejati yang membuat kita semakin mencintai-Nya.

AKU INGIN HIDUP BERSAMAMU DENGAN SEMPURNA

Tanpa banyak terpengaruh hal-hal yang menimbulkan perselisihan antara kita berdua. Cukuplah atas nama Allah segala tingkah laku kita, disertai Al-Qur’an penerang jalan hidup kita, dan Al-Hadits peneman liku hidup kita. Aku memang tak dapat membuatmu bahagia selalu, namun aku berjanji untuk selalu ada dalam setiap suasana dan keadaan perasaanmu. Aku ingin menyediakan bahu dalam kesedihanmu, menjadi ubat penenang dalam kegelisahanmu, serta melebarkan pangkuan di saat kelemahanmu.

AKU INGIN MEMPEROLEHI KETURUNAN DARIMU DENGAN SEMPURNA

Tanpa ego yang menaungi diri masing-masing, kita berdua membicarakan persetujuan dalam perancangan. Cukuplah kita berdua yang tahu akan keinginan dan kemampuan kita. Melaluimu, terlahirlah para mujahid kecil pelengkap hidup kita. Yang menjadikanku asas bangunan pemikiran mereka, serta menjadikanmu madrasah berilmu yang tak ada kehabisannya. Kita ciptakan generasi terbaik bangsa yang akan mengukir sejarah peradaban, setidaknya yang akan mampu membuat kita bangga, kerana telah memiliki penerus dakwah seperti mereka.

Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita terlihat sempurna, meski hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.

Wallahu’alam bish shawwab



                                                           KAU WANITA SOLEHAH YG KU CARI

Tuesday 15 November 2011

ANTARA TERGODA ATAU DIGODA????



Alhamdulillah segala Kesyukuran dan Kenikmatan ini saya panjatkan kepada Pemilik Keseluruhan diri dan alam semesta ini kerana dengan izin-NYA saya dapat terus berceloteh untuk berkongsi ilmu TUHAN YANG MAHA LUAS ini menerusi laman maya setelah agak lama menyepi. Semoga post ringkas kali ini menguatkan lagi diri saya terutamanya dan para sahabat secara amnya dalam melayari bahtera kehidupan ini, semoga cita-cita terbesar kita menjadi penghuni JANNATUL FIRDAUS bakal termakbul dengan REDHA-NYA. InsyaALLAH.

Dilahirkan sebagai sebagai umat MUHAMMAD S.A.W. memang  menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan kerana BAGINDA RASULULLAH merupakan KEKASIH ALLAH AZZA WA JALLA. Namun sedarkah kita semua bahawa menjadi umat ini juga menjadi satu dugaan yang besar kerana kitalah UMAT AKHIR ZAMAN yakni terakhir. Ya!!!Tiada lagi umat selepas kita ini kerana dunia bakal melalui fasa pengakhiran dan kehancuran. Post saya kali ini akan sama2 cuba merungkai dugaan yang terbesar bagi kita terutama menjadi LELAKI yang hidup di zaman PENGAKHIRAN ini. Betapa besarnya dugaan kita sebagai ADAM di zaman yang semakin moden ini dalam menghadapi dan menangani sikap dan perangai kaum HAWA. Mari kita sama2 renungkan sabda junjungan besar kita, RASULULLAH S.A.W. yang mathumnya,

Dari Usamah bin Zaid R.A. bahawa Nabi S.A.W. bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

 (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)





Jelas di sini Junjungan Besar Kesayangan S.A.W. telah memberikan peringatan yang amat penting buat kaum sejantina saya tentang bahaya fitnah yang paling besar. Menjadi pemuda di alaf millenium abad ke-21 yang semakin hari semakin canggih ini memang mencabar terutamanya buat diri saya yang sedar tentang kekurangan IMAN yang ada dalam kalbu dan sanubari ini (Moga sentiasa ditingkatkan oleh ALLAH Taala). Melihat gelagat2 muslimah yang semakin banyak mempamerkan diri sendiri di laman2 web sosial pada hari ini pasti akan menggoncangkan IMAN para pemuda hatta seorang IMAM ataupun BILAL sekalipun. Itu belum termasuk lagi gelagat para muslimah yang semakin memenuhi ruang2 tempat awam seperti kompleks membeli-belah, perpustakaan, kedai2 makan dan macam2 lagilah tempat yang pembaca sendiri boleh terfikir.

Muslimin dan muslimat yang menuju Jannah sekalian,

Memang tidak dapat dinafikan lagi, seorang lelaki yang “NORMAL” akan mempunyai tarikan kepada wanita secara seksualnya. Jadi bagi mengelakkan perkara2 sumbang yang semakin bertambah dalam komuniti masyarakat MELAYU ISLAM kita pada hari ini, marilah kita sama2 kembali semula kepada dua panduan kehidupan iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang pasti tidak akan menyebabkan kita sesat di dunia mahupun akhirat sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,

Dari Abu Hurairah, R.A., dari Nabi S.A.W., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah," (S.A.W.)

(Hadis Riwayat Imam Malik).

   

Memang dalam kes kemaksiatan ini kedua2 belah pihak baik yakni lelaki ataupun wanita selayaknya dianggap bersalah. Ini kerana zina dan kemaksiatan sudah tentu tidak akan berlaku dengan kehadiran satu belah pihak sahaja. Bagi para muslimat di luar sana, amat2 penting untuk kalian semua menjaga batas syariat pergaulan anda dengan bukan mahram dan etika berpakaian. Ini juga bertujuan memelihara para wanita daripada menjadi PENGGODA “tidak bertauliah” kepada para lelaki di luar sana. Allah MAHA Bijaksana telah memberikan beberapa garis panduan kepada wanita untuk dipatuhi agar terjamin maruah diri dan keselamatan, Firman Allah Taala yang bermaksud,

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(SURAH AN-NUR : 31)

Betapa kasihnya ALLAH Taala kepada para wanita sehingga memberikan garis panduan yang "terang lagi bersuluh” supaya tidak berlaku kekeliruan dan salah faham di dada manusia mengenai batas pergaulan ini. Buat para lelaki pula, kita diwajibkan meningkatkan ilmu pengetahuan agama tentang bahaya fitnah wanita supaya tidak mudah tergoda. Memang tidak dapat dinafikan IMAN kita semua sebagai umat akhir zaman ini tidaklah seteguh para sahabat di zaman Baginda Rasulullah S.A.W. apatah lagi para ANBIYA kekasih Tuhan YA RABB, namun kita pasti akan dipersoalkan di AKHIRAT nanti tentang usaha2 kita untuk meningkatkan IMAN yang sedia ada ini. Istilah “tergoda” memang tidak akan lari dalam diri seorang lelaki apabila dipertemukan kepada wanita kerana itulah lumrahnya. Jadi dengan mempersiapkan diri dengan segala kudrat dan tenaga amatlah penting supaya tidak kecundang di kemudian hari.

Sebagaimana yang saya pernah tulis dalam post terdahulu, lelaki juga perlu menjaga pandangan mereka kerana dari situlah peratusan kemaksiatan akan muncul amat tinggi. Sepertimana semua orang pernah tahu, ALLAH Taala ada berfirman dalam Al-Quran tentang perlunya menjaga pandangan ini bagi para lelaki solehah,

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat” 
(Surah An-Nur : 30)


Diharapakan post saya ini mendapat redha ILAHI hendaknya. SYUKRAN, Semoga post saya yang tidak seberapa ini juga dapat memberikan sedikit peringatan buat teman seperjuangan menuju ILAHI di luar sana supaya lebih kuat menempuh hari2 yang bakal mendatang. InsyaALLAH, Barakallah.
  


Friday 21 October 2011

WANITA,AURAT DAN……………



Aurat berasal dari perkataan Arab yakni “AURAH” yang bermaksud KEAIBAN. Dari segi istilah feqah pula, aurat bermakna bahagian tubuh badan seseorang yang perlu ditutup atau dilindungi daripada pandangan orang lain. Soalan cepumas yang saya hendak utarakan kepada para pembaca budiman sekalian, apa yang terlintas di fikiran kita tatkala mendengar isu AURAT?? Adakalah kita fikirkan tentang  “Perempuan seksi”, “Wanita berbaju ketat” atau “Gadis yang tidak memakai jilbab”????  Ya!!!!Kenapa ramai daripada kita memikirkan perihal seorang perempuan ketika mendengar soal AURAT???Ini kerana memang tak dapat disangkal lagi, WANITA DAN AURAT memang tak dapat dipisahkan ibarat, “Irama dan lagu”, “Aur dengan Tebing” dan [macam-macam lagi la contoh yang patut korang fikirkan]

Sekarang ini kita sendiri dapat lihat dengan kepelbagaian fesyen “ALA-ALA MUSLIMAH” (kononnya la) yang semakin menarik perhatian wanita2 MUSLIM untuk sama2 mencuba. Anda pasti pernah mendengar tentang “tudung waheeda”, “tudung bienda” dan macam2 lagi la yang ada. Cuba anda fikirkan, adakah kebanyakan fesyen muslimah sekarang ni betul2 mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh ISLAM.  
Rasulullah S.A.W. telah bersabda mengenai aurat para wanita yang mathumnya,

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” 

(Hadis Riwayat Abu Dawud)



Memang sedih apabila memikirkan tentang trend remaja2 MUSLIM terutamanya para wanita yang semakin jauh terpesong daripada agama lebih2 lagi dalam bab berpakaian. Mereka semua seolah-olah tidak takut dengan kesan yang bakal mereka alami, tidak kiralah di dunia mahupun di akhirat kelak. ALLAH S.W.T. telah berfirman sebagai kasih-NYA kepada para wanita tentang etika dan cara menjaga aurat yang bermaksud,

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(SURAH AN-NUR : 31)

ISLAM memang sangat menekankan penjagaan aurat ini kerana ia boleh menjadi pintu kepada pelbagai lagi kemungkaran dan kekejian. Penzinaan, sumbang mahram, rogol dan pelbagai lagi gejala sosial adalah bermula dengan sikap kita mengambil ringan ke atas penjagaan aurat. Kita sebagai umat akhir zaman ini semakin terikut-ikut dengan anasir2 yang di bawa golongan kafir terutamanya dalam bab berpakaian. Para KUFFAR sesungguhnya  ingin melihat kejatuhan ISLAM di BUMI ALLAH Taala ini. Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda mengenai umat akhir zaman yang akan mengikut para KUFFAR  sedikit demi sedikit dalam kehidupan mereka.

Rasulullah SAW bersabda : “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka.”

 (Hadis Riwayat Muslim)

Inilah yang dapat kita lihat dalam pemakaian umat akhir zaman ini terutamanya para MUSLIMAH yang semakin terpengaruh dengan etika2 pemakaian yang lebih kebaratan. Ciri2 pemakaian ala ketimuran semakin pupus dan hilang di telan dek zaman. Mungkin masih ramai anak gadis di luar sana yang mengekalkan pemakaian ketimuran seperti baju kurung yang menjadi tradisi bangsa kita, MELAYU namun sayangnya pemakaian baju kurung itu tidak manis apabila tudung yang digayakan pula tidak berlandaskan syariat yang diwajibkan. Amat malanglah kalau kita termasuk dalam golongan ini wahai para MUSLIMAH sekalian.


Sebagai pengajarannya, wajiblah kepada para wanita untuk senantiasa menutup “kawasan larangan” mereka daripada dilihat dan ditonton oleh para AJNABI. Menutup aurat itu wajib. Aurat wanita adalah keseluruhan tubuhnya (dari hujung rambut sehingga hujung kaki) kecuali wajah dan pergelangan tangannya. Wanita ditegah bersuara menggoda dan manja kerana suara itu aurat. Memakai pakaian dan mekap secara berlebihan sehingga membuat lelaki tertarik adalah Tabarruj dan ia dilarang Islam. Meninggikan sanggul seperti bonggol unta juga tidak dibenarkan Islam. Wanita dilarang memakai pakaian ketat (membalut aurat) dan diwajibkan melonggarkan pakaian. Wanita wajib melabuhkan tudungnya menutupi dada. Wanita ditegah mengenakan apa-apa yang mendatangkan bunyi pada kaki (contoh gelang loceng atau kasut yang tapaknya tidak bergetah) kerana ia akan menarik perhatian kaum lelaki.

Rasulullah SAW bersabda: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”

(Hadis Riwayat Muslim)




Monday 17 October 2011

DI MANA PERMULAAN ZINA

Zina, satu perkataan dan perbuatan yang sangat sensitif dalam masyarakat kita terutama orang2 ISLAM berketurunan Melayu. Zina daripada segi maksud bermakna persetubuhan antara lelaki dan perempuan secara haram yakni tanpa akad (perkahwinan). Rasulullah S.A.W. sendiri ada bersabda mengenai kepelbagaian zina yang mathumnya,

“Mata boleh berzina dengan melihat, Lidah boleh berzina dengan bercakap, Tangan boleh berzina dengan berpegangan, Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Memang manusia secara fitrahnya mempunyai keinginan yakni syahwat kepada saudara yang berlainan jantina. Lelaki suka kepada perempuan dan perempuan suka kepada lelaki. Tetapi jika keinginan kepada pasangan berlainan jantina ini tidak dijaga, maka akan berlakulah perbuatan JENAYAH di dalam ISLAM yakni ZINA. Jadi di sinilah kita ingin bincangkan di manakah permulaan zina yang sebenarnya dan kemudian barulah dapat di kenalpasti kaedah yang terbaik untuk menghindari diri kita yang lemah iman ini daripada perbuatan keji zina ini.



 Kalau kita perhatikan betul2,kebanyakan permulaan keinginan ke arah zina adalah datang daripada pancaindera kita yang dikurniaakan ALLAH Taala,tapi persoalan lain pula yang timbul,pancaindera  mana yang memulakan zina ini???Di sini saya ingin menyokong dan bersetuju bahawa penglihatan yang datang daripada mata inilah menjadi titik tolak kepada zina. Ini bertetapan dengan firman ALLAH Azza wa Jalla dalam Kitab Al-Quran yang bermaksud,

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat” 
(Surah An-Nur : 30)



Allah Taala tidak hanya memberi peringatan kepada kaum ADAM untuk merendahkan pandangan,bahkan turut memberi peringatan berguna ini kepada kaum ibu2 kita,HAWA (Sila rujuk ayat 31 Surah An-Nur, malas nak tulis sebab terlalu panjang). Melalui pemerhatian saya juga, jarang saya mendengar atau terbaca berita2 mengenai gejala-gejala kerosakan akhlak di kalangan masyarakat kita yang melibatkan seorang manusia yang cacat penglihatan (bukan setakat rabun,malah tak nampak cahaya pun) yang melakukan jenayah ZINA ini!!!!! Kalau lah ditakdirkan Allah Taala ada pun,saya percaya nisbahnya mungkin 1 : 1000 jika hendak dibandingkan dengan manusia yang sempurna penglihatannya. Jadi, secara benar dan automatiknya memang dapat disimpulkan bahawa MATA yang menjadi sarang permulaan maksiat kita kepada ALLAH.Nau’zubillah.

Tetapi saya tidaklah mengatakan bahawa mana2 pihak yang ingin berpendapat bahawa HATI atau pancaindera lain yang menjadi permulaan maksiat sebagai salah kerana masing2 mempunyai pendapat sendiri.Namun apabila saya fikir secara mendalam, HATI kita tak mungkin akan berZINA dengan membayangkan pasangan masing2 tanpa kita sendiri melihat dengan mata kepala kita pasangan itu. Sebagai contoh mudah bagi pemahaman sahabat2 muslimin dan muslimat, jikalaulah ditakdirkan seseorang itu BUTA semenjak kecil, amat2 mustahil untuk dia membayangkan pasangannya dalam keadaan ngairah kerana dia sendiri tidak dapat melihat dunia!!!!Jadi ZINA HATI juga memerlukan pancaindera MATA untuk seseorang itu memikirkan tentang pasangannya.



Setelah kita menjumpai punca utama kepada perlakuan ZINA ini, maka senanglah pula untuk kita menjauhinya perbuatan ini agar dapat menjaga maruah diri,keluarga,agama,dan bangsa. Caranya amatlah mudah, dengan menundukkan pandangan daripada melihat perkara yang dilarang agama terutamanya bagi sahabat sejantina saya,MUSLIMIN. Jikalau kita selalu mengamalkan etika ketika SOLAT yakni melihat ke tempat sujud dalam kehidupan seharian kita,InsyaALLAH apa2 ZINA pun dapat dijauhi. Tapi perlu dingatkan juga bahawa para MUSLIMAT amat wajib bersama-sama menolong para MUSLIMIN dengan memakai pakaian menutup aurat yang berlandaskan agama ISLAM yang tercinta ini. InsyaALLAH pada post yang akan datang, kita sama2 akan bincangkan tentang perkaitan rapat antara AURAT dan JENAYAH ZINA.

Syukran, Wassalam.

Friday 14 October 2011

SALAM UKHUWAH,SALAM SATU AKIDAH

Assalamamualaikum w.b.t.

Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Rabbul A’lamin kerna dengan izin-Nya ana dapat menulis blog ini dan selawat serta salam juga ke atas Junjungan Besar Rasulullah S.A.W. kerana berkat usaha perjuangan baginda dan para sahabat kita dapat merasai nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Alhamdulillah.

Sebagai post yang pertama dalam permulaan penulisan ini saya ucapkan Salam Sejahtera kepada pembaca-pembaca yang budiman. Salam ukhuwah sebagai tanda pengenalan kerana bak kata pepatah,”Tak Kenal Maka TAARUF!!!!”Al-Quran sendiri ada menyebut yang bermaksud,

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti.
(Surah Al-Hujurat : 13)

Dengan ucapan salam juga saya mendoakan kesejahteraan buat semua manusia terutamanya saudara seakidah yang mengaku mentauhidkan ALLAH S.W.T. sebagai Tuhan yang layak disembah.

Firman Allah Taala,,
“(Kepada mereka dikatakan):”Salam,” sebagai ucapan selamat daripada Tuhan Yang Maha Penyanyang.     (Surah Yasin : 58)

Tujuan dan nawaitu yg ada dalam diri ini hanyalah mencari redha ILAHI dan meraih pahala sebanyak mungkin dengan berdakwah melalui penulisan ini agar dapat mengatasi segala dosa2 yg telah dilakukan sepanjang perjalanan musafir di bumi Ya Rabb ini.Saya juga berharap segala penulisan selepas  ini dapat dikongsikan bersama mana2 insan dan mendapat respon melalui komen2 yg bernas daripada para pembaca.

Tiadalah pernah terdetik dan terlintas  dihati untuk mengharapkan apa-apa pujaan atau meraih populariti dengan terhasilnya penulisan ini kerana diri yg dhaif ini sentiasa sedar akan kelemahan dan kekurangan diri berbanding insan2 lain di luar sana. Saya juga berharap tunjuk ajar dan nasihat yg membina dapat membantu mencari keredhaan ALLAH Taala dalam penulisan ini kerana pastinya perjalanan ini pasti ada onak dan duri sebelum dapat menggapai kemanisan iman berdakwah menyeru manusia ke jalan ALLAH.Semoga delegasi dakwah yang dibawa Rasulullah dapat diteruskan sehingga HARI PENUTUP.

InsyaALLAH dengan lahirnya blog ini dapat mendidik terutamanya diri saya ke arah lebih beribadah dan mencari redha ALLAH Taala di dunia dan juga akhirat seterusnya berkongsi ilmu pengetahuan dengan sahabat2 sekalian. Tidaklah juga dengan perkongsian ini  bermakna saya mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas,cukuplah sekadar hanya ingin berkongsi ilmu yg sedikit supaya tidak mudah lupa kerana kita ini hanya satu makhluk tuhan yg tak pernah lari dari sifat lupa.

Semoga segala kebaikan itu dapat dijadikan teladan dan segala keburukan itu dijadikan sempadan. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada ALLAH Taala dan yang buruk itu juga datang daripada ALLAH Taala melalui diri yg penuh kelemahan ini.

SALAM UKHUWAH,SALAM SATU AKIDAH