Tuesday 15 November 2011

ANTARA TERGODA ATAU DIGODA????



Alhamdulillah segala Kesyukuran dan Kenikmatan ini saya panjatkan kepada Pemilik Keseluruhan diri dan alam semesta ini kerana dengan izin-NYA saya dapat terus berceloteh untuk berkongsi ilmu TUHAN YANG MAHA LUAS ini menerusi laman maya setelah agak lama menyepi. Semoga post ringkas kali ini menguatkan lagi diri saya terutamanya dan para sahabat secara amnya dalam melayari bahtera kehidupan ini, semoga cita-cita terbesar kita menjadi penghuni JANNATUL FIRDAUS bakal termakbul dengan REDHA-NYA. InsyaALLAH.

Dilahirkan sebagai sebagai umat MUHAMMAD S.A.W. memang  menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan kerana BAGINDA RASULULLAH merupakan KEKASIH ALLAH AZZA WA JALLA. Namun sedarkah kita semua bahawa menjadi umat ini juga menjadi satu dugaan yang besar kerana kitalah UMAT AKHIR ZAMAN yakni terakhir. Ya!!!Tiada lagi umat selepas kita ini kerana dunia bakal melalui fasa pengakhiran dan kehancuran. Post saya kali ini akan sama2 cuba merungkai dugaan yang terbesar bagi kita terutama menjadi LELAKI yang hidup di zaman PENGAKHIRAN ini. Betapa besarnya dugaan kita sebagai ADAM di zaman yang semakin moden ini dalam menghadapi dan menangani sikap dan perangai kaum HAWA. Mari kita sama2 renungkan sabda junjungan besar kita, RASULULLAH S.A.W. yang mathumnya,

Dari Usamah bin Zaid R.A. bahawa Nabi S.A.W. bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

 (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)





Jelas di sini Junjungan Besar Kesayangan S.A.W. telah memberikan peringatan yang amat penting buat kaum sejantina saya tentang bahaya fitnah yang paling besar. Menjadi pemuda di alaf millenium abad ke-21 yang semakin hari semakin canggih ini memang mencabar terutamanya buat diri saya yang sedar tentang kekurangan IMAN yang ada dalam kalbu dan sanubari ini (Moga sentiasa ditingkatkan oleh ALLAH Taala). Melihat gelagat2 muslimah yang semakin banyak mempamerkan diri sendiri di laman2 web sosial pada hari ini pasti akan menggoncangkan IMAN para pemuda hatta seorang IMAM ataupun BILAL sekalipun. Itu belum termasuk lagi gelagat para muslimah yang semakin memenuhi ruang2 tempat awam seperti kompleks membeli-belah, perpustakaan, kedai2 makan dan macam2 lagilah tempat yang pembaca sendiri boleh terfikir.

Muslimin dan muslimat yang menuju Jannah sekalian,

Memang tidak dapat dinafikan lagi, seorang lelaki yang “NORMAL” akan mempunyai tarikan kepada wanita secara seksualnya. Jadi bagi mengelakkan perkara2 sumbang yang semakin bertambah dalam komuniti masyarakat MELAYU ISLAM kita pada hari ini, marilah kita sama2 kembali semula kepada dua panduan kehidupan iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang pasti tidak akan menyebabkan kita sesat di dunia mahupun akhirat sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,

Dari Abu Hurairah, R.A., dari Nabi S.A.W., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah," (S.A.W.)

(Hadis Riwayat Imam Malik).

   

Memang dalam kes kemaksiatan ini kedua2 belah pihak baik yakni lelaki ataupun wanita selayaknya dianggap bersalah. Ini kerana zina dan kemaksiatan sudah tentu tidak akan berlaku dengan kehadiran satu belah pihak sahaja. Bagi para muslimat di luar sana, amat2 penting untuk kalian semua menjaga batas syariat pergaulan anda dengan bukan mahram dan etika berpakaian. Ini juga bertujuan memelihara para wanita daripada menjadi PENGGODA “tidak bertauliah” kepada para lelaki di luar sana. Allah MAHA Bijaksana telah memberikan beberapa garis panduan kepada wanita untuk dipatuhi agar terjamin maruah diri dan keselamatan, Firman Allah Taala yang bermaksud,

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(SURAH AN-NUR : 31)

Betapa kasihnya ALLAH Taala kepada para wanita sehingga memberikan garis panduan yang "terang lagi bersuluh” supaya tidak berlaku kekeliruan dan salah faham di dada manusia mengenai batas pergaulan ini. Buat para lelaki pula, kita diwajibkan meningkatkan ilmu pengetahuan agama tentang bahaya fitnah wanita supaya tidak mudah tergoda. Memang tidak dapat dinafikan IMAN kita semua sebagai umat akhir zaman ini tidaklah seteguh para sahabat di zaman Baginda Rasulullah S.A.W. apatah lagi para ANBIYA kekasih Tuhan YA RABB, namun kita pasti akan dipersoalkan di AKHIRAT nanti tentang usaha2 kita untuk meningkatkan IMAN yang sedia ada ini. Istilah “tergoda” memang tidak akan lari dalam diri seorang lelaki apabila dipertemukan kepada wanita kerana itulah lumrahnya. Jadi dengan mempersiapkan diri dengan segala kudrat dan tenaga amatlah penting supaya tidak kecundang di kemudian hari.

Sebagaimana yang saya pernah tulis dalam post terdahulu, lelaki juga perlu menjaga pandangan mereka kerana dari situlah peratusan kemaksiatan akan muncul amat tinggi. Sepertimana semua orang pernah tahu, ALLAH Taala ada berfirman dalam Al-Quran tentang perlunya menjaga pandangan ini bagi para lelaki solehah,

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat” 
(Surah An-Nur : 30)


Diharapakan post saya ini mendapat redha ILAHI hendaknya. SYUKRAN, Semoga post saya yang tidak seberapa ini juga dapat memberikan sedikit peringatan buat teman seperjuangan menuju ILAHI di luar sana supaya lebih kuat menempuh hari2 yang bakal mendatang. InsyaALLAH, Barakallah.