Sunday 15 January 2012

ISTIKHARAH”KAH” KITA??????





Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, segala kesyukuran dipanjatkan kepada ALLAH Azza Wa Jalla, Pemilik segala apa yang ada di langit dan segala apa yang ada di bumi. Kesyukuran ini juga turut dirafa’kan kerana walaupun dengan keterbatasan masa yang ada untuk meneruskan jihad di medan ilmu ini, namun ALLAH S.W.T. masih memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk terus hidup di bumi-NYA dan menulis entry yang terbaru pada kali ini. Alhamdulillah.

Para sahabat yang dikasihi sekalian,

Terpanggil hati saya kali ini untuk memberikan sedikit perkongsian tentang satu topik yang saya rasa kita semua telah sedia tahu. Istikharah; saya akui, memang kebanyakan daripada kita tahu apa itu yamg dimaksudkan dengan istikharah secara umumnya, namun adakah kebanyakan daripada kita juga turut memahami maksud “besar” yang sebenarnya tentang apa yang ada disebalik ungkapan istikharah itu???Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing. Maksud istikharah adalah seperti berikut :

[Solat Istikharah] Untuk memilih ; Minta yg mana pilihan yg tepat / baik atau tinggalkan yg buruk
Erti Istikharah .

Ghaib ; perkara-perkara yg kita tak nampak / tak tahu / di masa hadapan { yg terkemudian dari hari / saat / masa sekarang }

Ada 2 situasi yang selalu kita dengar apabila melibatkan perkara2 berkaitan istikharah ini. Dua situasi yang saya bawakan dibawah ini hanyalah sekadar contoh. Tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


**********************************************************************************

SITUASI 1

Perbualan telefon diantara seorang muslimat dengan ibunya.
Umi         : Assalamualaikum.
Zaujah     : Waalaikummussalam.
Umi         : Zaujah apa khabar? Maaf kalau umi mengganggu Zaujah sekarang, tapi umi ada hal nak  bincangkan dengan Zaujah ni. Hal penting sedikit.
Zaujah     : Alhamdulillah. Zaujah sihat. Apa halnya umi? Bunyi macam serius je.
Umi         : Macam ni, 2 hari lepas. Anak Pak Cik Hadi, kawan lama abah kamu, si Farhan ada masuk      meminang. Jadi sekarang ni umi nak tanya pendapat kamu je la.
Zaujah     : Em, Zaujah pun tak pasti la Umi. Zaujah kan masih dalam tahun akhir di universiti. Rasanya nak fokus belajar dulu lah.
Umi         : Tak apa lah kalau macam tu. Umi dan abah tak memaksa kamu. Apa-apa pun, buat SOLAT ISTIKHARAH dulu ye.
Zaujah     :  InsyaALLAH.



 SITUASI 2

Encik Hadi berbincang dengan anak sulungnya, Farhan yang baru menamatkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan.

Abah     :  Macam mana Farhan? Kamu dah fikir masak2 tentang tawaran kerja mana yang kamu akan terima?
Farhan  :   Em, saya pun tak berapa pasti lah abah. 2 tawaran yang Farhan dapat ni lebih kurang sama sahaja, yang berbezanya satu jabatan kerajaan, satu lagi swasta.Farhan dah buat SOLAT ISTIKHARAH, tapi macam tak ada apa2 keputusan lagi setakat ni.
Abah     :  Tak apalah kalau macam tu, abah cuma harap kamu dapat buat keputusan yang terbaik je. Lagipun ini untuk masa depan kamu juga.


**********************************************************************************


Baiklah sahabat2 sekalian, saya yakin banyak daripada kita pasti akan berasa untuk melakukan solat istikharah ini sekiranya ianya hanya melibatkan soal “JODOH” dan “KERJA” sahaja. Sikap inilah yang perlu diubah sebenarnya kerana kita terlalu yakin dan percaya dengan adat Melayu sahaja dalam melakukan istikharah. Seperti yang saya nyatakan di atas tadi mengenai maksud istikharah,ialah  untuk memilih, pilihan mana yang tepat dalam semua hal bukan sahaja soal “JODOH” atau “KERJA”bahkan semua aspek kehidupan. Oleh itu, sepatutnya setiap hari kita perlu melakukan solat istikharah kerana kehidupan kita ini sebenarnya adalah proses pemilihan yang perlu kita pilih. Setiap situasi di dunia ini telah Allah takdirkan untuk hamba-NYA supaya membuat pilihan yang baik. Kita boleh pilih untuk menjadi baik atau jahat, alim atau jahil, rajin atau malas, ingin tahu atau tidak ingin tahu,syukur atau kufur,maa’ruf atau mungkar,adil atau zalim dan banyak lagi lah pilihan yang ada (kalau tulis semua memang xakan habis la post ni).
Jadi, memang wajiblah ke atas kita untuk merasakan keperluan melakukan solat istikharah ini. Kalau rasa kuat,setiap hari perlu dilakukan. Saya teringat kata2 nasihat daripada seorang ustaz yang saya segani dahulu di kolej sains semasa berumur 15 tahun, “Kita semua sepatutnya wajib melakukan solat sunat hajat/istikharah ni setiap hari. Sekarang sebelum exam, kita minta kepada Allah untuk dipermudahkan menjawab soalan semasa peperiksaan PMR, selepas PMR kita minta kepada Allah supaya mendapat result yang cemerlang,selepas mendapat result cemerlang,kita minta pula kepada Allah supaya dapat masuk tingkatan 4 di sekolah2 terbaik. Jadi kita ini manusia sebenarnya adalah makhluk yang berhajat. Sehingga kita dah mati pun hatta dah masuk ke dalam syurga sekali pun, kita tetap akan ada sifat fitrah berhajat kepada ALLAH S.W.T.”

Sungguh bermakna kata2 ustaz saya di sekolah itu dulu. Daripada azimat inilah saya pasakkan dalam hati saya untuk menunaikan solat sunat istikharah/hajat setiap hari. Sekurang2 nya dua rakaat selepas solat fardhu MAHGRIB. Jadi sayonaranya (cewah,cakap jepun tu,,hohohoho), saya juga menyeru kepada pembaca2 di luar sana supaya mengamalkanlah  solat sunat istikharah/hajat ini setiap hari bukan sahaja sebagai ibadat tambahan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan Maha Pencipta, tetapi sebagai bukti yang kita ini hanyalah makhluk-NYA yang tiada apa2 melainkan dengan apa yang telah dikurniaankan-NYA kepada kita
Waallahua’lam
(Ni baru suruh buat solat hajat+istikharah je,belum campur lagi amalan2 qiamulail yang lain.Hehehehe)
*Jom gelak sambil dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI)....Enjoy!!!