Monday 13 February 2012

"HARI KEKASIH"

Alhamdulillah, segala penuh kesyukuran ku panjatkan dan tahmidkan kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung iaitu ALLAH S.W.T. kerna aku masih diberikan peluang untuk melafazkan taubat-ku di atas segala dosa2 yang dengan sedar telah aku lakukan. Tidak dilupakan juga di kesempatan bulan BARAKAH ini iaitu Rabiul-Awal,bersempena dengan kelahiran seorang “INSAN AGUNG” yang bernama MUHAMMAD S.A.W, ku basahkanjuga  lidah ini dengan berselawat ke atas baginda S.A.W,para keluarga baginda serta para sahabat RA sekalian.

Pada post ana kali ini, ingin sekali ana berkongsi tentang satu fenomena pemuda-pemudi AKHIR ZAMAN yang secara lahiriah telah terperangkap dengan anasir2 yang dibawa oleh BARAT yang didalangi oleh pihak musuh2 ISLAM. Apabila kita menjejakkan kaki sahaja ke dalam bulan FEBRUARI ini, pasti ramai antara kita akan mengingati tarikh 14Hb Feb, bukan??? Memang tarikh keramat ini pasti akan ditandakan dalam diari atau kalendar anak2 remaja sekarang lebih2 lagi bagi yang berada dalam “KEHANGATAN CINTA PALSU” bersama pasangan masing  yang TIDAK HALAL bagi mereka. Sememangnya golongan2 yang kurang fahaman agama ini ternanti-nanti tarikh ini yang mana mereka fikir amat penting dalam kehidupan mereka sekalian.



HAPPY VALENTINE’S DAY atau HARI KEKASIH, bukanlah satu anjuran dalam agama yang kita sayangi dan sanjungi ini yakni ISLAM. Malah, seperti yang semua kita sedia maklum sambutan ini sendiri dikatakan berasal dari AGAMA KRISTIAN, iaitu agama yang memusuhi ISLAM sejak berabad-abad lamanya dulu lagi. Namun demikian, masih ramai dikalangan syabab2 kita yang mengaku sebagai PENGANUT ISLAM, mengaku sebagai  HAMBA ALLAH, mengaku sebagai UMAT MUHAMMAD S.A.W. namun masih lagi terasa ingin menyambut sambutan yang diharamkan disisi agama ini. Apakah sebenarnya sambutan HARI KEKASIH ini sehinggakan ramai sekali anak2 muda ingin menyambutnya tidak kira yang masih belajar di sekolah rendah@menengah atau pelajar IPT hatta golongan2 yang berumur pertengahan/warga emas pun ingin menyambutnya????

‎"VALENTINE" adalah nama seorang paderi.

Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini mengumumkan, isytiharkan, atau menjadikan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana menurut mereka Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!!

Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol, sebagai HARI KASIH SAYANG....

Say no to valentine day, Islam is the love in every moment, not just one day a year.Katakan tidak pada Hari Valentine, cinta dalam Islam adalah setiap saat, bukan hanya satu hari dalam 1 Tahun.



Petikan daripada akhbar tempatan ada juga menyebut mengenai kenyataan dari Persatuan Ulama’ Malaysia mengenai sambutan HARI KEKASIH ini.

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menggesa seluruh umat Islam supaya mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sidangnya kali ke-71 pada 22-24 November 2005 yang telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Memang diakui secara warasnya bahawa budaya sambutan HARI KEKASIH ini sebenarnya adalah salah satu “JARUM RACUN” Kafir Laknatullah dalam mempengaruhi umat ISLAM terutamanya golongan2 muda yang dianggap sebagai penyambung warisan generasi MUSLIM pada masa akan datang. Jika rosak pemuda pada masa itu, maka tunggulah kemusnahan dan kejatuhan sesebuah Negara itu tidak lama lagi. Sesungguhnya golongan KAFIR yang membenci ISLAM ini tidak akan senang dengan AGAMA ISLAM sehinggakan semua para muslimin & muslimat meniru dan mempraktikkan segala amalan kufur yang mereka lakukan dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam satu hadis baginda Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud,

“Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Allah Taala juga secara jelasnya telah memberikan peringatan kepada ana dan juga para sahabat sekalian tentang betapa benarnya agama ISLAM ini yang mathumnya,

“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”

(Al-Imran : Ayat 85)

Allah S.W.T tidak akan sesekali redha dengan mana2 hamba-NYA yang mencari agama lain selain ISLAM kerana inilah satu2 sahaja agama yang HAK manakala agama2 yang lain hanyalah sekadar BATIL semata2. Oleh itu, dengan kita meraikan HARI KEKASIH ini sebenarnya kita telah tersasar jauh dari landasan ISLAM yang sebenar kerana sambutan ini tidak lain dan tidak bukan, adalah berasal daripada Kristian. Ana menyeru kepada diri ana sendiri yang mudah alpa dan lupa ini terutamanya supaya sentiasa ISTIQOMAH berada di landasan Dakwah agar seterusnya mendapat keredhaan dan SYURGA ALLAH yang sangat didambakan. Semoga para sahabat jua dapat mengelakkan diri dari melakukan perkara2 yang ditegah agama, dan agar tetap berada di bawah naungan kemanisan ISLAM, InsyaALLAH.  
Wallahua’lam