Friday 21 October 2011

WANITA,AURAT DAN……………



Aurat berasal dari perkataan Arab yakni “AURAH” yang bermaksud KEAIBAN. Dari segi istilah feqah pula, aurat bermakna bahagian tubuh badan seseorang yang perlu ditutup atau dilindungi daripada pandangan orang lain. Soalan cepumas yang saya hendak utarakan kepada para pembaca budiman sekalian, apa yang terlintas di fikiran kita tatkala mendengar isu AURAT?? Adakalah kita fikirkan tentang  “Perempuan seksi”, “Wanita berbaju ketat” atau “Gadis yang tidak memakai jilbab”????  Ya!!!!Kenapa ramai daripada kita memikirkan perihal seorang perempuan ketika mendengar soal AURAT???Ini kerana memang tak dapat disangkal lagi, WANITA DAN AURAT memang tak dapat dipisahkan ibarat, “Irama dan lagu”, “Aur dengan Tebing” dan [macam-macam lagi la contoh yang patut korang fikirkan]

Sekarang ini kita sendiri dapat lihat dengan kepelbagaian fesyen “ALA-ALA MUSLIMAH” (kononnya la) yang semakin menarik perhatian wanita2 MUSLIM untuk sama2 mencuba. Anda pasti pernah mendengar tentang “tudung waheeda”, “tudung bienda” dan macam2 lagi la yang ada. Cuba anda fikirkan, adakah kebanyakan fesyen muslimah sekarang ni betul2 mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh ISLAM.  
Rasulullah S.A.W. telah bersabda mengenai aurat para wanita yang mathumnya,

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” 

(Hadis Riwayat Abu Dawud)



Memang sedih apabila memikirkan tentang trend remaja2 MUSLIM terutamanya para wanita yang semakin jauh terpesong daripada agama lebih2 lagi dalam bab berpakaian. Mereka semua seolah-olah tidak takut dengan kesan yang bakal mereka alami, tidak kiralah di dunia mahupun di akhirat kelak. ALLAH S.W.T. telah berfirman sebagai kasih-NYA kepada para wanita tentang etika dan cara menjaga aurat yang bermaksud,

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(SURAH AN-NUR : 31)

ISLAM memang sangat menekankan penjagaan aurat ini kerana ia boleh menjadi pintu kepada pelbagai lagi kemungkaran dan kekejian. Penzinaan, sumbang mahram, rogol dan pelbagai lagi gejala sosial adalah bermula dengan sikap kita mengambil ringan ke atas penjagaan aurat. Kita sebagai umat akhir zaman ini semakin terikut-ikut dengan anasir2 yang di bawa golongan kafir terutamanya dalam bab berpakaian. Para KUFFAR sesungguhnya  ingin melihat kejatuhan ISLAM di BUMI ALLAH Taala ini. Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda mengenai umat akhir zaman yang akan mengikut para KUFFAR  sedikit demi sedikit dalam kehidupan mereka.

Rasulullah SAW bersabda : “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka.”

 (Hadis Riwayat Muslim)

Inilah yang dapat kita lihat dalam pemakaian umat akhir zaman ini terutamanya para MUSLIMAH yang semakin terpengaruh dengan etika2 pemakaian yang lebih kebaratan. Ciri2 pemakaian ala ketimuran semakin pupus dan hilang di telan dek zaman. Mungkin masih ramai anak gadis di luar sana yang mengekalkan pemakaian ketimuran seperti baju kurung yang menjadi tradisi bangsa kita, MELAYU namun sayangnya pemakaian baju kurung itu tidak manis apabila tudung yang digayakan pula tidak berlandaskan syariat yang diwajibkan. Amat malanglah kalau kita termasuk dalam golongan ini wahai para MUSLIMAH sekalian.


Sebagai pengajarannya, wajiblah kepada para wanita untuk senantiasa menutup “kawasan larangan” mereka daripada dilihat dan ditonton oleh para AJNABI. Menutup aurat itu wajib. Aurat wanita adalah keseluruhan tubuhnya (dari hujung rambut sehingga hujung kaki) kecuali wajah dan pergelangan tangannya. Wanita ditegah bersuara menggoda dan manja kerana suara itu aurat. Memakai pakaian dan mekap secara berlebihan sehingga membuat lelaki tertarik adalah Tabarruj dan ia dilarang Islam. Meninggikan sanggul seperti bonggol unta juga tidak dibenarkan Islam. Wanita dilarang memakai pakaian ketat (membalut aurat) dan diwajibkan melonggarkan pakaian. Wanita wajib melabuhkan tudungnya menutupi dada. Wanita ditegah mengenakan apa-apa yang mendatangkan bunyi pada kaki (contoh gelang loceng atau kasut yang tapaknya tidak bergetah) kerana ia akan menarik perhatian kaum lelaki.

Rasulullah SAW bersabda: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”

(Hadis Riwayat Muslim)




Monday 17 October 2011

DI MANA PERMULAAN ZINA

Zina, satu perkataan dan perbuatan yang sangat sensitif dalam masyarakat kita terutama orang2 ISLAM berketurunan Melayu. Zina daripada segi maksud bermakna persetubuhan antara lelaki dan perempuan secara haram yakni tanpa akad (perkahwinan). Rasulullah S.A.W. sendiri ada bersabda mengenai kepelbagaian zina yang mathumnya,

“Mata boleh berzina dengan melihat, Lidah boleh berzina dengan bercakap, Tangan boleh berzina dengan berpegangan, Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Memang manusia secara fitrahnya mempunyai keinginan yakni syahwat kepada saudara yang berlainan jantina. Lelaki suka kepada perempuan dan perempuan suka kepada lelaki. Tetapi jika keinginan kepada pasangan berlainan jantina ini tidak dijaga, maka akan berlakulah perbuatan JENAYAH di dalam ISLAM yakni ZINA. Jadi di sinilah kita ingin bincangkan di manakah permulaan zina yang sebenarnya dan kemudian barulah dapat di kenalpasti kaedah yang terbaik untuk menghindari diri kita yang lemah iman ini daripada perbuatan keji zina ini.



 Kalau kita perhatikan betul2,kebanyakan permulaan keinginan ke arah zina adalah datang daripada pancaindera kita yang dikurniaakan ALLAH Taala,tapi persoalan lain pula yang timbul,pancaindera  mana yang memulakan zina ini???Di sini saya ingin menyokong dan bersetuju bahawa penglihatan yang datang daripada mata inilah menjadi titik tolak kepada zina. Ini bertetapan dengan firman ALLAH Azza wa Jalla dalam Kitab Al-Quran yang bermaksud,

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat” 
(Surah An-Nur : 30)



Allah Taala tidak hanya memberi peringatan kepada kaum ADAM untuk merendahkan pandangan,bahkan turut memberi peringatan berguna ini kepada kaum ibu2 kita,HAWA (Sila rujuk ayat 31 Surah An-Nur, malas nak tulis sebab terlalu panjang). Melalui pemerhatian saya juga, jarang saya mendengar atau terbaca berita2 mengenai gejala-gejala kerosakan akhlak di kalangan masyarakat kita yang melibatkan seorang manusia yang cacat penglihatan (bukan setakat rabun,malah tak nampak cahaya pun) yang melakukan jenayah ZINA ini!!!!! Kalau lah ditakdirkan Allah Taala ada pun,saya percaya nisbahnya mungkin 1 : 1000 jika hendak dibandingkan dengan manusia yang sempurna penglihatannya. Jadi, secara benar dan automatiknya memang dapat disimpulkan bahawa MATA yang menjadi sarang permulaan maksiat kita kepada ALLAH.Nau’zubillah.

Tetapi saya tidaklah mengatakan bahawa mana2 pihak yang ingin berpendapat bahawa HATI atau pancaindera lain yang menjadi permulaan maksiat sebagai salah kerana masing2 mempunyai pendapat sendiri.Namun apabila saya fikir secara mendalam, HATI kita tak mungkin akan berZINA dengan membayangkan pasangan masing2 tanpa kita sendiri melihat dengan mata kepala kita pasangan itu. Sebagai contoh mudah bagi pemahaman sahabat2 muslimin dan muslimat, jikalaulah ditakdirkan seseorang itu BUTA semenjak kecil, amat2 mustahil untuk dia membayangkan pasangannya dalam keadaan ngairah kerana dia sendiri tidak dapat melihat dunia!!!!Jadi ZINA HATI juga memerlukan pancaindera MATA untuk seseorang itu memikirkan tentang pasangannya.



Setelah kita menjumpai punca utama kepada perlakuan ZINA ini, maka senanglah pula untuk kita menjauhinya perbuatan ini agar dapat menjaga maruah diri,keluarga,agama,dan bangsa. Caranya amatlah mudah, dengan menundukkan pandangan daripada melihat perkara yang dilarang agama terutamanya bagi sahabat sejantina saya,MUSLIMIN. Jikalau kita selalu mengamalkan etika ketika SOLAT yakni melihat ke tempat sujud dalam kehidupan seharian kita,InsyaALLAH apa2 ZINA pun dapat dijauhi. Tapi perlu dingatkan juga bahawa para MUSLIMAT amat wajib bersama-sama menolong para MUSLIMIN dengan memakai pakaian menutup aurat yang berlandaskan agama ISLAM yang tercinta ini. InsyaALLAH pada post yang akan datang, kita sama2 akan bincangkan tentang perkaitan rapat antara AURAT dan JENAYAH ZINA.

Syukran, Wassalam.

Friday 14 October 2011

SALAM UKHUWAH,SALAM SATU AKIDAH

Assalamamualaikum w.b.t.

Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Rabbul A’lamin kerna dengan izin-Nya ana dapat menulis blog ini dan selawat serta salam juga ke atas Junjungan Besar Rasulullah S.A.W. kerana berkat usaha perjuangan baginda dan para sahabat kita dapat merasai nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Alhamdulillah.

Sebagai post yang pertama dalam permulaan penulisan ini saya ucapkan Salam Sejahtera kepada pembaca-pembaca yang budiman. Salam ukhuwah sebagai tanda pengenalan kerana bak kata pepatah,”Tak Kenal Maka TAARUF!!!!”Al-Quran sendiri ada menyebut yang bermaksud,

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti.
(Surah Al-Hujurat : 13)

Dengan ucapan salam juga saya mendoakan kesejahteraan buat semua manusia terutamanya saudara seakidah yang mengaku mentauhidkan ALLAH S.W.T. sebagai Tuhan yang layak disembah.

Firman Allah Taala,,
“(Kepada mereka dikatakan):”Salam,” sebagai ucapan selamat daripada Tuhan Yang Maha Penyanyang.     (Surah Yasin : 58)

Tujuan dan nawaitu yg ada dalam diri ini hanyalah mencari redha ILAHI dan meraih pahala sebanyak mungkin dengan berdakwah melalui penulisan ini agar dapat mengatasi segala dosa2 yg telah dilakukan sepanjang perjalanan musafir di bumi Ya Rabb ini.Saya juga berharap segala penulisan selepas  ini dapat dikongsikan bersama mana2 insan dan mendapat respon melalui komen2 yg bernas daripada para pembaca.

Tiadalah pernah terdetik dan terlintas  dihati untuk mengharapkan apa-apa pujaan atau meraih populariti dengan terhasilnya penulisan ini kerana diri yg dhaif ini sentiasa sedar akan kelemahan dan kekurangan diri berbanding insan2 lain di luar sana. Saya juga berharap tunjuk ajar dan nasihat yg membina dapat membantu mencari keredhaan ALLAH Taala dalam penulisan ini kerana pastinya perjalanan ini pasti ada onak dan duri sebelum dapat menggapai kemanisan iman berdakwah menyeru manusia ke jalan ALLAH.Semoga delegasi dakwah yang dibawa Rasulullah dapat diteruskan sehingga HARI PENUTUP.

InsyaALLAH dengan lahirnya blog ini dapat mendidik terutamanya diri saya ke arah lebih beribadah dan mencari redha ALLAH Taala di dunia dan juga akhirat seterusnya berkongsi ilmu pengetahuan dengan sahabat2 sekalian. Tidaklah juga dengan perkongsian ini  bermakna saya mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas,cukuplah sekadar hanya ingin berkongsi ilmu yg sedikit supaya tidak mudah lupa kerana kita ini hanya satu makhluk tuhan yg tak pernah lari dari sifat lupa.

Semoga segala kebaikan itu dapat dijadikan teladan dan segala keburukan itu dijadikan sempadan. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada ALLAH Taala dan yang buruk itu juga datang daripada ALLAH Taala melalui diri yg penuh kelemahan ini.

SALAM UKHUWAH,SALAM SATU AKIDAH