Friday 27 April 2012

Akhi-Ukhti,Wujudkah ukhuwah antara kita




Bismillah

" Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya....".
(An Nahl : Ayat 18)

Alhamdulilah, segala kesyukuran dan limpah nikmat ana panjatkan kepada ALLAH Azza Wa Jalla di atas kurnian nikmat yang tidak terhingga ini. Selawat serta salam sayang buat Junjungan Mulia, Baginda Muhammad Rasulullah S.A.W. kerana dengan berkat penat lelah, berkorban jiwa dan raga bersama para sahabat, telah tercapainya kita untuk merasai dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Alhamdulillah.

Setelah agak lama juga menyepi(daripada mengupdate post),hari ini ana ingin kongsikan satu post mengenai ukhuwah,,,,,,,Tapi nanti dulu sahabat2 sekalian,,,kali ini ana ingin kita semua berfikir secara luar biasa sejenak, bak kata Orang Puteh,,Think Out The Box(>_<). Sebelum kita teruskan perkongsian ini,,ana ingin lontarkan satu soalan kepada sahabat2 pembaca di luar sana.

Adakah wujud istilah kawan baik ataupun Ber”ukhuwah” diantara seorang lelaki dan juga wanita????

Kejap!!! Nanti dulu,,jangan jawab lagi apa jawapan antum semua. Simpan dulu jawapan sahabat2 dalam hati dan fikiran. Ana ingin mengajak antum semua untuk sama2  melihat dulu sedikit video ringkas di bawah ini. Buka hati dan minda ketika menonton video ini. InsyaALLAH, anda akan faham apa “main point” yang ingin dinyatakan.




Baiklah, berbalik semula kepada soalan yang ana tanyakan di atas tadi, ana yakin dan sangat confident bahawa ada segelintir dari kita akan bersetuju dengan penyataan di atas dan tidak kurang juga yang akan mengatakan kurang setuju. Namun itu bukanlah matlamat utama dalam post ana ini, iaitu mencari perbezaan pendapat antara sesama kita. Ana cuma ingin kita sama2 bincangkan dengan secara ilmiah iaitu berlandaskan dalil, nas dan juga autoriti dan kadang2 juga kita mesti ingat, setiap perbezaan yang ada antara kita itulah yang menjadikan kita saling melengkapi.

Baiklah, mula2 ana ingin bawakan satu ayat Al-Quran dari surah Yassin ayat 36,

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.”

[Surah YaSin : Ayat 36]



Semua sedia maklum, setiap benda yang wujud di langit dan bumi diciptakan ALLAH Taala secara berpasang-pasangan, bukan sekadar haiwan atau tumbuhan yang menpunyai pasangan, bahkan banyak lagi perkara2 yang lain wujud secara pasangan. Lihatlah ke kanan dan kiri antum semua, siang pasangannya malam, terang pasangannya gelap, dan jangan kita lupa juga, lelaki pasangannya perempuan. Wah!! Cukup Maha Bijaksana dan Maha Kuasa dalam  perancangan ALLAH Taala membuat penciptaan-Nya. SubhanAllah, Maha Suci Engkau.

Memang tidak dinafikan sesekali pun, bahawa penciptaan Siti Hawa adalah untuk melengkapi hidup Nabi Adam A.S. yang penuh kesunyian tatkala berada di Syurga dulu. Jadi memang sejak Azali dan secara fitrahnya, lelaki memang akan berkehendak kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya. Namun begitu, ISLAM telah mengajar kepada kita bahawa hubungan muslimin dan muslimat akan menjadi halal dan diredhai dengan jalan perkahwinan. Tetapi persoalan tadi kembali menerjah kita kembali, tidak bolehkah wujud hanya hubungan kawan/teman/sahabat  antara seorang muslimin dengan seorang muslimat???

Islam telah menggariskan ketetapan yang amat tegas dalam ikhtilat/perhubungan antara lelaki dan wanita ini. Ketegasan ini bukanlah untuk mengongkong dan memaksa, namun untuk menjaga dan mendidik lebih2 lagi bagi wanita kerana banyak fitnah yang dapat dilontarkan sekiranya tiada had batasan digariskan. Sabda Baginda S.A.W.

"Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandangnya." (Riwayat Tarmizi)


Bukanlah ana ingin mengatakan di sini bahawa pendapat atau pegangan yang ana pegang ini sebagai satu-satunya yang betul, namun cuba kita fikirkan sejenak, dalam ramai2 kawan/teman/sahabat yang kita kenali, antara sahabat lelaki atau perempuan, yang manakah lebih mudah kita dekati dan sama2 melakukan aktiviti yang  kemudian boleh mendekatkan diri kita kepada ILAHI seterusnya menggapai redha kurniaan-Nya??? Sudah pasti yang muslimin akan mengatakan lelaki dan yang muslimat pula akan mengatakan perempuan. Tambahan pula, secara peribadinya, kita masing2 mungkin akan lebih selesa sekiranya sahabat2 yang sama jantina bersama-sama kita dalam melakukan apa jua aktiviti tidak kiralah sama ada study bersama atau beribadah bersama ataupun bersukan bersama2.

Kesimpulannya, ana tegaskan sekali lagi disini, bukanlah pendapat yang ana lontarkan dalam post ini sebagai satu-satunya pendapat yang benar dan betul. Lagi pula perkongsian yang ana cuba berdiskusi dengan sahabat2 ini adalah juga untuk diri ana menjaga diri dalam perhubungan dan ikhtilat sesama muslimat juga. Memang tiada pada pandangan ana keadaan di mana lelaki dan perempuan itu dapat berukhuwah atas nama sahabat yang sebenar-benarnya.Sesungguhnya syaitan dan iblis itu amat licik dalam menjerumuskan anak Adam ke lembah kemaksiatan. Oleh itu, tidak kiralah sama ada kita lelaki ataupun perempuan, amat penting kita untuk menjaga diri kita supaya tidak mudah terpedaya dan terjerumus ke dalam perangkap mereka. Wallahua’lam.


Dibawah ini ana tujukan lagu Muslimah daripada Nazrey Johani kepada semua muslimah di luar sana. Sama2 kita hayati bait2 lirik lagunya. (^_^)  











Wednesday 18 April 2012

Teman Se"UsraH"


DOAKU BUAT MU TEMAN SEUSRAH

Ya ALLAH,

Panjangkanlah umur sahabatku,

Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,

Terangilah hatinya dengan 'nur' pancaran iman,

Tetapkanlah hatinya, 

Perluaskanlah rezekinya,

Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,

Jauhkanlah hatinya daripada kejahatan,

Tunaikanlah segala hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.


Ya MUHAIMIN,

Jika dia jatuh hati,

Izinkanlah dia menyentuh hati seseorang 

yang hatinya terpaut pada-Mu

agar dia tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu

Jagalah hatinya agar tidak berpaling 

daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu

Jika dia rindu

rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu


Ya ILAHI,

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh


dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalan-Mu



Jika KAU izinkan aku merindui sahabatku

Janganlah aku melampaui batas 


sehingga aku melupakan 'CINTA HAKIKI', 'RINDU ABADI' dan 'KASIH SEJATI' -MU
ya ALLAH
kurniakanlah sahabatku
kesenangan, ketenangan, kebahagiaan, keberkatan & kecemerlangan
di dunia dan akhirat.


Sedikit sebanyak aktiviti yg kami satu usrah lakukan,,,
p/s--->kepada sahabat2 ana mohon maaf kerna menggunakan gambar antum semua tanpa izin,,,mohon pertimbangan...jazakallah (^_^)