Friday 30 August 2013

Erti Kemerdekaan


~31 Ogos 1957- 31 Ogos 2013~
               (56 Tahun)



Merdeka,

Aku berbangga dengan merdekanya negaraku daripada penjajah, namun
aku lebih bangga jika negaraku bebas korupsi.
Aku berbangga dengan pemimpinku yang berkarisma, namun
aku lebih bangga jika pemimpinku menjadi Imam dalam solat.
Aku berbangga Islam sebagai agama rasmi negaraku, namun
aku lebih bangga jika Al-Quran & As-sunnah menjadi perlembagaan negara.



Aku berbangga dengan pembangunan fizikalnya yang ada di negaraku, namun
aku lebih bangga jika pembangunan rohani wujud di kalangan rakyatnya.
Aku berbangga dengan keamanan yang dikecapi negaraku, namun
aku lebih bangga jika kos sara hidup rakyat diturunkan.



Aku berbangga dengan para pemuda di negara ini, namun
aku lebih bangga jika mereka mencintai rumah-rumah Allah.
Aku berbangga dengan para pemudi bangsaku, namun
aku lebih bangga jika mereka menutup aurat-aurat mereka.

Aku menulis bukan kerna tidak pernah bersyukur, namun
aku mahukan kehidupan lebih baik untuk generasi mendatang.
Tidak salah kalau menegur, namun pastikan ia penuh dengan adab dan susila.

Berani kerana benar, takut kerana salah.
Lawan tetap lawan!!!

Qalam Athwar
30 Ogos 2013/ 22 Syawal 1434H
10.13 Malam

Thursday 14 February 2013

Kelebihan sUrah Al-Kahfi


Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
 Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Salam Jumaat..~
JOM baca surah Al-Kahfi... :)

WarKaH cinTa

Sungguh puitis lirik lagu warkah cinta ini,,menjadi pembakar semangat buat diri untuk terus menjadi insan yang terbaik buat masa hadapan,,Biiznillah, InsyaAllah



Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Chorus:
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan 
takkan pernah tewas dengan kekerasan]

[Ulang Chorus]

Cintaku ini...

Lagu: Bazli Unic
Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias
Studio Rakaman : Unic
Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.






Friday 14 December 2012

BetuLkah taNgan Di ataS Lebih bAik daRi taNgan DIi bAwah?


credit to Langit Ilahi


1 Safar 1434H
(01/02/34)

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” 
(Surah As-Saba’: 13)

Alhamdulillah, ucapan syukur diperbanyakkan ke hadrat Ilahi kerana pada saat artikel ini ditulis ana berada di dalam keadaan sihat walafiat dan diberikan kelapangan masa untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang ana ada dengan teman-teman di luar sana. Semoga Allah S.W.T. merahmati kehidupan dan segala ibadah yang kita semua lakukan termasuk ibadah2 sunat seperti sedekah, membaca Al-quran dan lain-lain lagi. Amin.

Dah kebetulan ana “tertulis” mengenai sedekah di perenggan kat atas tadi,(padahal memang sengaja tulis pun,>_<) jadi ana teringat satu hadis dari Penghulu segala Rasul & Nabi, Junjungan besar Muhammad S.A.W. telah bersabda yang maksudnya,

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

(Riwayat Imam al-Bukhari)

Sebelum itu pasti ada di kalangan pembaca tertanya2 mengenai tajuk entry kali ini yang boleh dikatakan menimbulkan syak sangka mengenai Hadis sahih dari Baginda Nabi Muhammad mengenai amalan sedekah ini. Tapi nanti dulu, jangan terburu2 menuduh. Ana sengaja menulis sebegitu untuk menarik perhatian pembaca dan yang paling penting, entry ini ana tulis bukan untuk bercerita mengenai amalan sedekah. Ada makna tersirat di sebalik tajuk itu.

Situasi yang biasa terjadi kepada semua orang.

Di kaunter bayaran sebuah restoran, cashiernya seorang wanita bertudung walaupun pakaian sebagai waiteress nya agak ‘ketat’ (Anggapan umum, dia mesti beragama ISLAM)

Pelanggan Lelaki : Tolong kira meja 12.
Cashier Wanita    : Nasi goreng USA, Mee Goreng, Air Tea Ais 2, semua sekali RM 13.20 je.

Si pelanggan lelaki menghulurkan wang RM 15

Cashier Wanita     : Ni bakinya RM 1.80 (Hulur baki sambil tangan tersentuh “SIKIT” tangan si pelanggan)
Pelanggan Lelaki  : Terima Kasih (Perasaan xkisah sambil terus berlalu pergi)

**********************************************************************


Jadi  terjawab sudahlah  mengenai tajuk entry ana ini  berkaitan dengan situasi seperti di atas. Adakah dikira tangan wanita yang berada di atas tatkala mengembalikan baki kepada si lelaki tadi lebih baik ataupun sebaliknya. Wallahua’lam. Kita semua dianugerahkan akal untuk sama2 berfikir, maka gunalah ia sebaiknya.

Suasana di koperasi sekolah ana

"Susu Pagi" sebelum ke kelas


Hampir 99.9% situasi ni berlaku dekat kita ana rasa,,Perkara ni dah jadi normal kerana masyarakat melihat nya seolah2 perkara biasa, sama juga isunya tentang “COUPLE”. Ana menimbulkan situasi ini kerana ana pernah alaminya secara langsung dan pernah merasa situasi di Kolej Sains dulu dimana ikhtilat banin dan banat terjaga hatta ke situasi bertukar2 baki seperti contoh di atas tadi tatkala berada di koperasi sekolah dahulu. (Mmg rindu sangat2 dengan suasana tarbiyah seperti itu)

 Sabda baginda NAbi S.A.W. yang mathumnya,

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”.

(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”

Lihatlah betapa Rasulullah mengingatkan kepada kita bahawa betapa besarnya dosa antara seorang lelaki bersentuhan dengan wanita yang bukan mahramnya kerana baginda tahu permulaan itu boleh mengakibatkan kepada dosa yang lebih besar dan keji iaitu, PENZINAAN.

 Daripada satu hadis lain yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa,

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.

Maka di sini ana menyeru kepada rakan2 dan teman2 sekalian supaya lebih berhati-hati dalam melaksanakan urusan kita seharian, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan muamalat antara lelaki dan wanita kerana kita tidak mahu ia boleh menimbulkan fitnah yang lebih besar di kemudian hari nanti. Wallahua’lam.








Wednesday 5 December 2012

Derita Kita, Derita Mereka -Ustaz Azhar Idrus-





Derita kita….
Derita kita menanti majunya negara,
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan,
Derita kita belum dapat bantuan subsidi,
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa,
Derita mereka apabila anak2 mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru2 yahudi yang merobek kulit mengeluarkan isi perut anak2 kecil yang tidak berdosa, itulah derita para ibu yang berada di bumi GHAZA…
Para ibu di negara kita,
Derita belum sempat membeli gelang baru,
belum sempat membeli rantai baru, belum sempat menempah siap pakaian baru, samakah kita dengan mereka?

Bumi GHAZA,
2012 menjadi tontonan cerita perang dalam television setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion2…
Wahai Ghaza,
Kami saudara kamu, seagama denganmu,
kami lelaki2 sekuatmu juga,
kami memohon ampun kepadamu wahai Ghaza,
kami memohon ampun kepadamu wahai Syria,
kerana kami tidak menghantar kereta2 kebal kami yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan..
Minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria,
kami ada tentera tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu,
Mohon kemaafan banyak2,
kami hanya menjadi penonton di mana darah2 anak2mu, isteri2mu jatuh titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci,
Wahai Ghaza,
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad,
terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhada’mu,
Wahai Syria,
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu,
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad2 kamu,
melawan segala yang menjadi musuh Allah, al-Yahudu wal Bashar,
Wahai Ghaza, wahai Palestin, wahai Syria,
maafkan kami, terimakanlah doa daripada kami dan sudilah kiranya roh2 kami bersemadi bersama jasad2mu…



Tuesday 4 December 2012

The first step start here





Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah




**********************************************************************************

Dan Dia memberikan kepadamu (keperluan) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)

(Surah  Ibrahim : 34)

Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas nikmat Iman dan Islam yang masih kekal dalam diri ini. Semoga dimatikan diri ini dan sahabat2 sekalian dalam kalangan orang-orang mukmin, InsyaALLAH.

Agak lama ana tidak meng“update” blog ni, mungkin kerana mula berputik sifat2 kemalasan dalam diri yang serba kekurangan ini (Nauzubillah). Walaubagaimanapun ana gagahkan jua untuk menulis entry yang pendek ini sekadar untuk berkongsi pengalaman sepanjang 3 bulan lebih ana melanjutkan pelajaran di Malaysia Engineering Training Centre (MeTC)

Alhamdulillah sekali lagi dan selamanya syukur kepada Allah S.W.T. kerana ana telah diterima masuk untuk menyambung pelajaran dalam kos “Aircraft Maintenance Engineering” di bawah Malaysia Airlines System (MAS) yang berpangkalan di Subang. Sedikit sebanyak mengenai kos ini ialah merangkumi 17 modul teknikal dan praktikal yang perlu dihabiskan dalam tempoh lebih kurang 4 tahun setengah ke 5 tahun.

Kelebihan belajar di bawah MeTC atau lebih tepat lagi boleh dikatakan Dilog Training & Services (DTS)—salah sebuah syarikat swasta dalam melatih bakal2 jurutera dan juruteknik dalam aviation industry di Malaysia ialah lesen kemahiran dalam aviation ini diperakui oleh DCAM, Department of Civil Aviation Malaysia (macam JPJ) yang membolehkan kami bekerja di dalam ataupun luar Negara (negara2 tertentu). Selain itu, sebahagian besar dari pelatih2 di sini juga boleh dikatakan sudah sebelah kaki berada di alam pekerjaan iaitu di bawah Malaysia Airlines System melalui MoU yang telah dibuat (but still based on the result and performance)




Cita-cita sebagai Alat, bukan Matlamat

Teringat ana kepada pesan salah seorang sahabat di Kolej Sains dahulu yang sama2 bermujahadah mengejar ilmu duniawi & ukhurowi semasa berada di MeTC ini. Nasihat yang sahabat ana kongsikan ni masih cuba ana sematkan dalam hati supaya tetap terus berada di jalan-Nya, InsyaAllah. Ada perbezaan yang amat besar dari segi matlamat dan cita2 dalam kehidupan kita ini.

 Beliau mengatakan bahawa apa jua cita-cita kita tak kira doktor ke, ahli farmasi ke, jurutera, peguam, atau lain2, pastikan itu bukanlah matlamat hidup kita. Bunyi macam agak pelik bukan? Allah Taala berfirman yang bermaksud,

  “Setiap yang bernyawa pasti akan mati dan pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Dan barangsiapa yang dijauhkan  daripada api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia telah berjaya. Dan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
(Surah Ali Imran : 185)

Ya!!! Sudah jelas dalam ayat itu bahawa matlamat kita sebenarnya dalam kehidupan ini adalah supaya apabila mati kelak kita dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhi daripada siksaan api neraka. Jadi semua cita2@impian kita itu adalah sekadar satu alat untuk kita masuk ke Jannah di akhirat kelak. Kita boleh berusaha dengan menjadikan segala bidang yang kita ceburui sekarang atau akan datang sebagai ibadah kepada Allah agar setiap saat ketika kita melakukan pekerjaan itu akan dikira oleh Yang Maha Berkuasa sebagai pahala yang pasti, balasannya nanti adalah Syurga Firdaus, Amin.



InsyaAllah jikalau berkelapangan masa lagi ana akan usahakan umtuk terus berkongsi beberapa pengalaman kecil yang ada pada diri yg dhaif ini agar sama2 dapat diambil segala kebaikan darinya oleh teman2 sekalian.

Wassalam.


p/s--à Saje nak kongsi video menarik di bawah ni, mengenai pesawat Airbus A380 milik MAS yang berada dalam proses pembuatan di kilang Airbus.






Friday 23 November 2012

Awak, Kita Ini Bercintakah?




Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
Melafazkan kata cinta berbalas-balasan,
Bahkan sering ada jarak antara kita,
Dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubung,
Tiada bicara manis,
Dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ya,
Kita ini bercinta,
Cuma bukan dengan definisi mereka,
Tetapi dengan definisi-Nya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
Juga bukan pada bicara kata,
Tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
Dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
Kita bukanlah keluarga biasa,
Bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurga-Nya.

Awak,
Bukankah itu cinta?



Credit to,
~Hilal Asyraf~
Irbid, Jordan.