Friday 30 August 2013

Erti Kemerdekaan


~31 Ogos 1957- 31 Ogos 2013~
               (56 Tahun)



Merdeka,

Aku berbangga dengan merdekanya negaraku daripada penjajah, namun
aku lebih bangga jika negaraku bebas korupsi.
Aku berbangga dengan pemimpinku yang berkarisma, namun
aku lebih bangga jika pemimpinku menjadi Imam dalam solat.
Aku berbangga Islam sebagai agama rasmi negaraku, namun
aku lebih bangga jika Al-Quran & As-sunnah menjadi perlembagaan negara.



Aku berbangga dengan pembangunan fizikalnya yang ada di negaraku, namun
aku lebih bangga jika pembangunan rohani wujud di kalangan rakyatnya.
Aku berbangga dengan keamanan yang dikecapi negaraku, namun
aku lebih bangga jika kos sara hidup rakyat diturunkan.



Aku berbangga dengan para pemuda di negara ini, namun
aku lebih bangga jika mereka mencintai rumah-rumah Allah.
Aku berbangga dengan para pemudi bangsaku, namun
aku lebih bangga jika mereka menutup aurat-aurat mereka.

Aku menulis bukan kerna tidak pernah bersyukur, namun
aku mahukan kehidupan lebih baik untuk generasi mendatang.
Tidak salah kalau menegur, namun pastikan ia penuh dengan adab dan susila.

Berani kerana benar, takut kerana salah.
Lawan tetap lawan!!!

Qalam Athwar
30 Ogos 2013/ 22 Syawal 1434H
10.13 Malam

1 comment: