Tuesday 4 December 2012

The first step start here





Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah




**********************************************************************************

Dan Dia memberikan kepadamu (keperluan) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)

(Surah  Ibrahim : 34)

Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas nikmat Iman dan Islam yang masih kekal dalam diri ini. Semoga dimatikan diri ini dan sahabat2 sekalian dalam kalangan orang-orang mukmin, InsyaALLAH.

Agak lama ana tidak meng“update” blog ni, mungkin kerana mula berputik sifat2 kemalasan dalam diri yang serba kekurangan ini (Nauzubillah). Walaubagaimanapun ana gagahkan jua untuk menulis entry yang pendek ini sekadar untuk berkongsi pengalaman sepanjang 3 bulan lebih ana melanjutkan pelajaran di Malaysia Engineering Training Centre (MeTC)

Alhamdulillah sekali lagi dan selamanya syukur kepada Allah S.W.T. kerana ana telah diterima masuk untuk menyambung pelajaran dalam kos “Aircraft Maintenance Engineering” di bawah Malaysia Airlines System (MAS) yang berpangkalan di Subang. Sedikit sebanyak mengenai kos ini ialah merangkumi 17 modul teknikal dan praktikal yang perlu dihabiskan dalam tempoh lebih kurang 4 tahun setengah ke 5 tahun.

Kelebihan belajar di bawah MeTC atau lebih tepat lagi boleh dikatakan Dilog Training & Services (DTS)—salah sebuah syarikat swasta dalam melatih bakal2 jurutera dan juruteknik dalam aviation industry di Malaysia ialah lesen kemahiran dalam aviation ini diperakui oleh DCAM, Department of Civil Aviation Malaysia (macam JPJ) yang membolehkan kami bekerja di dalam ataupun luar Negara (negara2 tertentu). Selain itu, sebahagian besar dari pelatih2 di sini juga boleh dikatakan sudah sebelah kaki berada di alam pekerjaan iaitu di bawah Malaysia Airlines System melalui MoU yang telah dibuat (but still based on the result and performance)




Cita-cita sebagai Alat, bukan Matlamat

Teringat ana kepada pesan salah seorang sahabat di Kolej Sains dahulu yang sama2 bermujahadah mengejar ilmu duniawi & ukhurowi semasa berada di MeTC ini. Nasihat yang sahabat ana kongsikan ni masih cuba ana sematkan dalam hati supaya tetap terus berada di jalan-Nya, InsyaAllah. Ada perbezaan yang amat besar dari segi matlamat dan cita2 dalam kehidupan kita ini.

 Beliau mengatakan bahawa apa jua cita-cita kita tak kira doktor ke, ahli farmasi ke, jurutera, peguam, atau lain2, pastikan itu bukanlah matlamat hidup kita. Bunyi macam agak pelik bukan? Allah Taala berfirman yang bermaksud,

  “Setiap yang bernyawa pasti akan mati dan pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Dan barangsiapa yang dijauhkan  daripada api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia telah berjaya. Dan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
(Surah Ali Imran : 185)

Ya!!! Sudah jelas dalam ayat itu bahawa matlamat kita sebenarnya dalam kehidupan ini adalah supaya apabila mati kelak kita dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhi daripada siksaan api neraka. Jadi semua cita2@impian kita itu adalah sekadar satu alat untuk kita masuk ke Jannah di akhirat kelak. Kita boleh berusaha dengan menjadikan segala bidang yang kita ceburui sekarang atau akan datang sebagai ibadah kepada Allah agar setiap saat ketika kita melakukan pekerjaan itu akan dikira oleh Yang Maha Berkuasa sebagai pahala yang pasti, balasannya nanti adalah Syurga Firdaus, Amin.



InsyaAllah jikalau berkelapangan masa lagi ana akan usahakan umtuk terus berkongsi beberapa pengalaman kecil yang ada pada diri yg dhaif ini agar sama2 dapat diambil segala kebaikan darinya oleh teman2 sekalian.

Wassalam.


p/s--à Saje nak kongsi video menarik di bawah ni, mengenai pesawat Airbus A380 milik MAS yang berada dalam proses pembuatan di kilang Airbus.






17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam... mcm mana plak dgn temuduga?? ada tips.. lagi satu.. kita boleh dptkan ptptn or mara ke??

    ReplyDelete
  3. wassalam,,,temuduga biasenya akan dijalankan oleh pihak MAS sendiri atau dari pihak training school tu,,,confirm 100% interview dlm english,,,kalau dlm kes anak bumiputera boleh apply MARA sbb dyeorh mmg iktiraf kos ni,,tq

    ReplyDelete
  4. salam..boleh saya bayran bg pengajian ni?..sbb saya ad dapat interview dlm aircraft maintainance ni..tp saya tolak takut byran tggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. byran dia 160k.. tp ad loan. sy pun x sure sbb sy bru nk pegi iv 7 hribln ni.. :)

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Laila zuhairi & nabilah nasir,,
    Bayaran bagi kos aircraft maintenance ni dalam linkungan rm180k ke rm200k,,,tpi selalunya mmg ade sponsor melalui Mara, Yayasan Peneraju dan juga Yayasan Terengganu..boleh layari laman web rasmi penaja ni utk maklmat lanjut

    ReplyDelete
  7. assalam athwar... saya luqman... saya berminat dengan aviation dari dulu lagi.. dan sekarang ni saya ada beberapa pertanyaan tentang metc... boleh tak saudara bantu saya... kalo nak comunicate kat sini,maybe lambat. saya prefer whasup. ni no saya 013 9686370... semoga Allah mudahkan urusan saudara atas respon utk saya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. add ana melalui fb di link ni,,,
      http://facebook.com/azri1413
      maaf sebb lambat reply,,,

      Delete
  8. Salam,boleh ke saya mula2 blaja di foundation under mara(engineering) then bila hbis study saya smbg di unikl miat tu?agaknya berapa lama tempoh oengajian saya utk ini?and which one do you prefer either amik lesen terus or blaja dahulu..ni emel saya zulhairierifqi@yahoo.com pls rep asap

    ReplyDelete
    Replies
    1. add ana melalui fb di link ni,,,
      http://facebook.com/azri1413
      maaf sebb lambat reply,,,

      Delete
  9. assalamualaikum bang.. nak tnya sikit.. saya ada dpat tawaran dilog dts.. ada pinjaman x yg boleh dibuat utk tanggung yuran pelajaran, sara hidup, dll.. tempat tinggalmcm mna?

    ReplyDelete
  10. Salam bang,apa maksud abang based on result?result spm ka?

    ReplyDelete
  11. Salam bang,apa maksud abang based on result?result spm ka?

    ReplyDelete
  12. Entri yang sangat baik & b'manfaat.. teruskan b'kongsi pd entri yang akan datang :)

    ReplyDelete